Soalan-Soalan Lazim

Soalan-soalan lazim tentang KINT

Bagaimanakah KINT berbeza dengan aplikasi chat yang lain?

KINT bukanlah sebuah aplikasi chat atau pesanan. Ia adalah aplikasi pembangun komuniti yang komprehensif, yang membantu para pengguna untuk ‘Saling Tetap Berhubungan’ dengan rakan-rakan dan rakan sekerja sepanjang hayat mereka, dan ia juga mempunyai fungsi chat pelbagai fungsi.

Apakah ianya selamat dan terjamin peribadi untuk menggunakan KINT?

Ya, ianya 100% selamat menggunakan KINT pada peranti mudah alih anda. Pemindahan data di antara pengguna adalah sangat terjamin peribadi dengan teknologi enkripsi AES 256-bit.

Adakah pelekat dan emoji boleh didapati di dalam KINT?

Pelekat menarik dan lucu boleh didapati di dalam KINT, yang boleh anda gunakan untuk menyatakan perasaan anda ketika sesi chat dengan rakan-rakan anda. Pelekat-pelekat baru yang menarik akan sentiasa ditambah.

Bagaimana pula jika saya menukar telefon bimbit saya?

Tiada masalah. Anda boleh memuat turun KINT ke peranti baru anda, dapatkan dan isikan kod OTP, masukkan kata laluan anda dan mula menggunakan KINT seperti biasa.

Bolehkah saya menyiarkan mesej ke semua ahli-ahli grup saya?

Ya, sebagai pentadbir, anda boleh menyiarkan mesej kepada semua ahli dalam grup anda samada melalui sistem notifikasi atau di dalam sesi chat grup kami.

Berapa banyak ahli yang boleh dimuatkan di dalam grup?

Tidak seperti aplikasi lain, KINT membolehkan bilangan ahli grup tanpa had. Pada masa ini, kami membolehkan grup dengan lebih daripada 30,000 ahli.

Jika saya mendaftar di KINT, adakah saya dapat dilihat oleh mereka yang tidak berada di alam grup saya?

Tidak, anda tidak akan dapat dilihat oleh ahli lain di dalam Grup Utama.

Tidak menemui jawapan?

Bahagian Soalan Lazim meliputi soalan-soalan yang paling lazim pernah kami terima. Jika anda tidak dapat mencari jawapan yang anda cari di dalam senarai soalan di sebelah kiri, sila beritahu kami apa yang anda ingin tahu, dan kami akan lakukan sebaik mungkin untuk menjawab soalan seberapa segera.

Send Question