Ciri-ciri

Bagaimana KINT berbeza dengan yang lain?

  • KINT membantu para pengguna untuk tidak lagi terputus hubungan dengan rakan-rakan dan rakan sekerja, dan tetap berhubungan dengan mereka sepanjang hidup.
  • Tidak seperti aplikasi-aplikasi chat dan pesanan di dalam pasaran, KINT memberikan para penggunanya keupayaan untuk mengawalselia dan fleksibiliti dalam memaparkan maklumat hubungan mereka.
  • KINT membolehkan bilangan ahli tanpa had dalam mana-mana grup, tidak seperti aplikasi lain yang meletakkan had maksima. Mana-mana grup utama atau sub-grup di bawahnya boleh mempunyai ribuan pengguna sebagai ahli.
  • Tidak kira seberapa besar sesuatu grup, KINT akan hanya mengambil beberapa saat untuk mengemaskini data atau memproses aliran maklumat tanpa sebarang masalah.
  • Tidak seperti aplikasi lain, KINT adalah bebas dari iklan yang tidak diingini, spam yang merbahaya, permintaan teman palsu dan sebarang gangguan lain sepertinya.

Apakah Manfaat Utama KINT?

Kawalselia Pentadbir

Pentadbir grup boleh mendaftarkan pengguna-pengguna baru dan mengisi maklumat hubungan mereka. Pentadbir boleh juga menghantar pemberitahuan, notifikasi dan peringatan kepada mana-mana individu atau semua ahli dalam sesuatu grup.

Kawalselia Pengguna

Para pengguna boleh mengawal dan mengemaskini maklumat mereka sendiri yang ingin dipaparkan kepada orang lain.

Pemasangan Mudah

Pemasangan KINT adalah semudah ABC. Para pengguna boleh memasang dan mula menggunakan aplikasi dengan mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

  • Muat turun dan pasang aplikasi dari App Store atau Google Play
  • Isikan nombor telefon bimbit dan kata laluan
  • Dapatkan OTP di telefon bimbit anda dan isikan untuk pengesahan
  • Aktifkan aplikasi dan isikan nama grup anda

Ciri-Ciri Utama

Pendaftaran dan Daftar Masuk

Mudah untuk memasang KINT untuk kegunaan organisasi yang bersaiz besar dan juga grup yang kecil.

Struktur operasinya boleh disesuaikan kepada keperluan anda dengan mudah.

Bilamana akaun telah dicipta untuk organisasi anda, para pengguna boleh memuat turun aplikasi, mendaftar masuk menggunakan alamat e-mel mereka atau nombor telefon, dan mencipta profil peribadi mereka.

Setelah itu, anda boleh mula mengirim cerita dan perkembangan anda, membuat pengumuman, membuat panggilan telefon atau chat, saling berhubungan.

Senarai Grup

KINT adalah sesuai untuk Grup sebarang saiz.

Kemungkinan besar, anda akan menjadi ahli lebih dari satu grup, sekolah anda, kelab anda, dan banyak lagi. Di laman ini, anda boleh dapatkan gambaran keseluruhan semua grup KINT yang anda telah sertai sebagai ahli dan berapa banyak ahli dalam sesuatu grup.

Anda boleh menjadi ahli seberapa banyak grup KINT yang anda inginkan.

Senarai Ahli

Untuk mengetahui siapakah ahli-ahli di dalam sesuatu grup adalah mudah.

Pilih grup, dan anda akan melihat senarai semua ahli-ahli grup tersebut, melalui nama dan gambar mereka.

Anda menjumpai seseorang yang ingin anda hubungi? Hanya sentuh pada layar dan anda boleh

  • Chat
  • E-mel
  • Membuat Panggilan
  • Atau lihat profil mereka

Selamat ber-KINTing!

(Paparan senarai dan grid tersedia ada.)

Paparan sub-grup

Memang bagus untuk saling berhubungan dengan semua orang di dalam sesuatu grup, tapi kadangkala anda juga ingin membahagikan grup utama menjadi grup-grup yang lebih kecil.

Dengan KINT, anda boleh mempunyai sebanyak manapun sub-grup yang anda inginkan. Tiada had.

Di laman ini, anda boleh melihat pelbagai sub-grup yang telah anda sertai sebagai ahli.

(Paparan senarai dan grid tersedia ada.)

Senarai Chat

Ini adalah laman utama untuk saling berhubung dengan rakan-rakan anda.

Ini adalah senarai individu yang telah anda hubungi atau chat baru-baru ini. Anda boleh pantau mereka di dalam grup yang anda sedang berhubungan melalui chat, semuanya di satu tempat.

Anda boleh sentuh pada mana-mana rakan anda untuk

  • paparkan profil mereka
  • make then a favorite, and put them on the top of the list.
  • sembunyi/paparkan
  • padam mereka dari senarai anda

(Paparan senarai dan grid tersedia ada.)

Tetingkap Chat

Chat adalah cara yang baik untuk saling berhubung dengan rakan-rakan anda di seluruh dunia.

Selain daripada semua yang boleh anda lakukan dengan KINT, aplikasi ini mempunyai semua ciri-ciri chat yang sudah anda biasa dengannya. Anda boleh.

  • Tambah gambar
  • Tambah video
  • Guna emotikon yang disesuaikan
  • Dan banyak lagi ….

Selamat menggunakannya!

Peringatan Hari Ulang Tahun

Apakah anda sering lupa hari ulang tahun rakan-rakan anda?

Memang mudah untuk kita lupa, dan ianya menyedihkan dan memalukan.

Jangan risau. KINT menghantar anda peringatan sehari sebelum hari ulang tahun rakan-rakan anda. Ia juga membolehkan anda menghantar Kad Hari Ulang Tahun yang menarik.

Paparan Notifikasi

Sebagai seorang pentadbir grup, anda boleh menghantar notifikasi kepada semua ahli grup dan sub-grup. Anda boleh menghantar perkembangan mengenai acara, berita, peringatan, polisi grup, dsb.

Anda juga boleh menetapkan tarikh untuk penghantaran. Ianya akan dipaparkan di dalam kalendar.

Para pengguna boleh juga membuat notifikasi dan peringatan peribadi.

Paparan Kalendar

Adakah anda ingin tahu apakah grup, atau anda sendiri telah jadualkan untuk bulan akan datang. Periksa melalui paparan kalendar.

Acara dan peringatan grup berwarna hijau.

Acara dan peringatan anda berwarna merah.

Tetapan

Kemaskini profil anda bila perlu.

Sentuh pada gambar profil untuk mengemaskini profil anda. Jika anda menukar alamat atau nombor telefon, anda tidak akan terputus hubungan dengan rakan-rakan anda. Anda cuma perlu kemaskini maklumat anda di sini dan ianya akan dikemaskini secara automatik di telefon bimbit rakan-rakan anda.

Tetapan lain di Laman Tetapan termasuk

  • pilih bahasa
  • turn on Radio Garden and listen to radio stations from all over the world
  • lihat senarai pengguna yang disekat
  • Lihat senarai pengguna tersembunyi
  • daftar keluar