Tentang Kami

P.M. Kalai – Pengasas Perumal T&T (Thailand) Co., Ltd.

KINT

Kenapa

KINT telah direkacipta berdasarkan keinginan untuk membantu orang ramai “Saling Tetap Berhubungan” dengan teman-teman dan tidak lagi sesekali terputus hubungan seumur hidup! KINT adalah ilham pengasas Perumal Technology & Telecommunication (Thailand) Co., Ltd., Encik P.M. Kalai.

Bagaimana

KINT membantu orang ramai saling tetap berhubungan seumur hidup. Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengakses maklumat penuh mengenai ahli-ahli yang seangkatan, grup, pasukan atau rakan sekerja, dsb. walau di mana sahaja mereka berada.

Apa

KINT bebas dari iklan-iklan yang tidak diingini, spam yang membahayakan, permintaan dari teman-teman palsu, mesej-mesej yang mengganggu dan gangguan-gangguan lain sepertinya.

Syarikat Di Belakang KINT

‘KINT’ adalah sebuah aplikasi komuniti unik yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar di Perumal Technology & Telecommunication (Thailand) Co., Ltd. PT&T adalah sebuah syarikat yang sedang pesat membangun di dalam bidang perkhidmatan pesanan ringkas inovatif, salinan sandaran, dan aplikasi keselamatan untuk telefon bimbit. PT&T  juga menyediakan perkhidmatan aplikasi solusi di dalam bidang komunikasi, kepimpinan dan pentadbiran sumber manusia, digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan, organisasi-organisasi, jabatan dan institusi kerajaan.

Di dalam 15 tahun yang lepas, PT&T telah merekacipta dan membangunkan pelbagai aplikasi menarik dan bermanfaat. Beberapa tahun lalu, kami telah bekerjasama dengan AIS, operator rangkaian telefon bimbit GSM terbesar di Thailand, untuk membangunkan AIS CLoud+, aplikasi berpelbagai ciri keselamatan dan penyimpanan untuk jutaan pelanggan di seluruh negara.

Kepercayaan Kami

Misi Kami

Di KINT, misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang  benar-benar peribadi dan selamat, dan membantu orang ramai membina dan memupuk kehidupan berkomuniti yang berkekalan.

Visi Kami

Untuk menjadikan aplikasi ini aplikasi telefon bimbit yang digunakan secara meluas, membantu para pengguna untuk ‘Saling Tetap Berhubungan’ dengan teman-teman mereka selamanya.

Apakah Sumber Inspirasi KINT

KINT diilhamkan oleh hasrat Pengasas Syarikat Encik P.M. Kalai untuk menghubungi semula rakan-rakan sekolahnya. Kalai mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Inggeris Jasin di Negeri Bersejarah Melaka. Beliau adalah salah seorang pelajar sesi JSES-68, dalam tahun 1968.

Kini, seorang penduduk tetap di Thailand untuk 35 tahun yang lalu, Kalai melawat negeri kelahirannya, Melaka, setiap tahun. Dalam salah satu kunjungannya, beliau telah bertemu dengan rakan sesi JSES-68, Dinesh. Ketika pertemuan mereka, setelah lebih daripada empat dekad, kedua-dua rakan ini saling menatapi wajah masing-masing, ternganga kehairanan. Seketika, mereka kehilangan kata-kata!

Kedua-duanya diselubungi perasaan terkejut, sambil cuba menyamakan wajah masing-masing dengan wajah yang mereka kenal ketika zaman persekolahan. Akhirnya, selepas mengenali satu sama lain, mereka mula sedar dari perasaan terkejut (meskipun menyenangkan) dan memeluk erat satu sama lain berlinangan air mata.

Terinspirasi dari pertemuan bersejarah mereka, beliau memutuskan untuk membangunkan sebuah aplikasi secara langsung agar semua rakan-rakannya boleh saling berhubungan selamanya. Dia kembali ke Bangkok dan segera mengerahkan pasukan pembangunan perisian segera membangunkannya.

Sebagai Pengerusi PT&T, beliau inginkan aplikasi ini sebuah aplikasi yang unik, selamat dan benar-benar peribadi; tidak seperti aplikasi chat/pesanan lain yang ada di pasaran. Ia harus bebas daripada spam, iklan dan, yang paling penting, ‘permintaan untuk menjadi rakan yang palsu’. Juga, ia harus berupaya menampung bilangan ahli tanpa had dalam mana-mana grup dan ianya mengemaskini maklumat hubungan mereka secara automatik, termasuk nombor telefon bimbit, e-mel dan alamat fizikal.

Tidak lama kemudian, aplikasi tersebut telah siap dibangunkan dengan semua ciri -ciri yang dikehendakinya. Ia dinamakan ‘KINT’, akronim yang bermaksud ‘Keep in Touch’. Tim pembangun telah mencipta grup ‘JSES-68’ dan mendaftarkan Kalai dan rakan-rakannya sebagai ahli grup. Dalam masa yang singkat, berita mengenai ‘JSES-68’ merebak ke Melaka dan KL dan banyak lagi ahli grup ‘JSES-68’ telah menyertai grup tersebut.

Sejak hubungan mereka terjalin semula, rakan-rakan ahli grup mula ber-‘KINT’ing di antara satu sama lain. Mereka kerap berkongsi saat-saat gembira dan bahagia dengan rakan-rakan mereka yang lain, saling mengucapkan selamat pada hari-hari perayaan, mengirim ucapan ulang tahun, menghantar gambar bersama cucu-cucu mereka dan sebagainya tanpa gangguan iklan dan mesej yang tidak diingini, permintaan untuk menjadi rakan palsu dan gangguan lain.

Terima kasih kepada ‘KINT’, rakan-rakan zaman persekolahan, yang sudah tidak berhubungan lebih dari empat dekad, kini sudah saling berhubungan lagi. Untuk tahun-tahun mendatang, mereka akan tetap…..

…..menjadi teman selamanya, tidak sesekali terputus hubungan!

JSES-68 Batch Then

Para pelajar kelas sesi JSES-68. Terlihat di dalam gambar pada baris kedua  dari kiri adalah Lorna Bateman.

JSES-68 Batch Now

Ms. Lorna is seated third from left.

Beberapa rakan dari sesi JSES-68 terlihat dalam gambar pada perjumpaan semula baru-baru ini yang dianjurkan oleh Encik P.M. Kalai di rumahnya di Melaka. Bolehkah anda mengenali Lorna Bateman di sini?